Search

Usaha naik taraf jalan raya, air perlu disegerakan – Masidi

March 24, 2023

admin

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, usaha menaik taraf serta menyelenggara kemudahan seperti jalan raya dan bekalan air perlu dilaksanakan segera tanpa sebarang kelewatan.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana isu-isu berkenaan memberikan kesan terhadap keselamatan dan kebajikan pengguna.

“Oleh itu, isu naik taraf dan penyelenggaraan jalan raya serta bekalan air perlu ditangani segera, jangan lagi ada sebarang kelewatan,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya di pejabatnya, hari ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Masidi dan Shahelmey membincangkan beberapa perkara berkaitan permasalahan dihadapi orang awam termasuk penyelenggaraan serta naik taraf jalan raya, bekalan air dan banyak lagi.

“Saya mencadangkan jabatan dan agensi berkaitan yang terlibat dalam penyelenggaraan serta membaiki sebarang kemudahan awam seperti jalan raya dan bekalan air perlu laksana  tugas dengan penuh tanggungjawab,” katanya. – Info X