Search

Ibu kandung Anis dicari

April 2, 2023

admin

KOTA BELUD: Ibu kandung atau waris kepada Anis Nurr Zulaikha berusia dua tahun empat bulan diminta tampil demi masa depan kanak-kanak itu yang kini di bawah jagaan Pejabat Kebajikan Daerah Kota Belud.

Kanak-kanak perempuan itu yang diletakkan di bawah Perintah Jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) melalui perintah Mahkamah Kanak-Kanak Kota Belud.

Pelindung di Pejabat Kebajikan Daerah Kota Belud, Norlidayu Peli berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan ibu kandungnya tanpa sebarang dokumen.

Katanya, kes ini dirujuk oleh Haldiah Amit dengan beralamat di Kampung Kaguraan Kota Belud, adalah orang yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi selepas kanak-kanak itu diserahkan kepadanya pada November 2021.

“Berdasarkan maklumat penjaga, ibu kandung Anis itu bernama Norciema Zulkipli dan pernah bekerja sebagai pembantu rumah Haldiah bermula pada 2019 sehingga 2022.

“Selepas menyerahkan Anis, ibu kandung tidak pernah menuntut anaknya dan penjaga tidak tahu keberadaan ibu kandung Anis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Mei 2023.

Sehubungi, katanya pihak jabatan memohon kerjasama ibu kandung atau waris Anis untuk datang ke Jabatan Kebajikan Am Daerah Kota Belud.

“Ibu kandung atau waris juga menghubungi pelindung di talian 016-4006457 bagi membantu jabatan mengesan ibu kandung Anis.

“Ini bagi memberi maklumat yang boleh membantu jabatan mengesan ibu kandung Anis, selain membantu mahkamah membuat keputusan terbaik untuk penempatan dan Kebajikan Anis,” katanya. – Info X