Search

Masalah air di Suang Parai, Gagasan Rakyat bantu ringan beban penduduk

April 2, 2023

admin

KOTA KINABALU: Ketiadaan air akibat tekanan air rendah, ditambah pula kegiatan curi air oleh penduduk setinggan, itu nasib menimpa hampir 900 penduduk Kampung Suang Parai, Manggatal.

Masalah bekalan air di kawasan kampung berkenaan sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu namun masih tiada penyelesaian sehingga kini.

Bagaimanapun rintihan penduduk Kampung Suang Parai itu mendapat perhatian daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai.

Sebanyak tiga lori tangki air dengan kapasiti 20,000 liter air bagi setiap satu tangki dihantar kepada penduduk Kampung Suang Parai, semalam.

Bantuan air kepada penduduk di Kampung Suang Parai, Manggatal.

Ketua PGRS DUN Karambunai, Datuk Arshad Idris berkata, bantuan air itu bertujuan sebagai penyelesaian jangka masa pendek yang akan diteruskan sehingga syawal ini.

Katanya, ini bagi meringankan beban penduduk Suang Parai yang kebanyakannya beragama Islam.

“Selesai ini mungkin kalau masih lagi ada kekurangan InsyaAllah kita akan bantu lagi kerana Suang Parai ini satu kawasan yang berad di kawasan Karambunai.

“Jadi itu menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan bantuan bekalan air kepada penduduk Kampung Suang Parai.

Sementara itu, Arshad turut berharap agar bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk dalam menjalani kehidupan seharian sepanjang Ramadan. – Info X