TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di sini, bermula awal bulan ini.
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai di kawasan kebun kelap sawit persendirian di Kampung Iban, Merotai Besar, di sini, jam 9.50 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa tinggal di kediaman suspek bermula awal bulan ini.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi saudara mara yang lain bagi membongkar perbuatan keji suspek dan tindakan segara telahpun diambil.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mengesan dan menahan suspek.
“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah. – Info X