KOTA KINABALU: Seorang wanita maut ditikam dengan pisau oleh suaminya selepas mereka bertengkar di sebuah gerai sayur di pasar Jalan Pahlawan, Kepayan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 30 tahun parah ditikam dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dan disahkan meninggal dunia.
Manakala suami mangsa dipercayai bertindak melarikan diri dan polis sedang mengesan suspek terbabit.
Berikutan kejadian itu, pasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.
Info X sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu daripada pihak berkuasa. – Info X