Search

274 penduduk di DUN Sulaman terima duit raya, bakul makanan

April 12, 2023

admin

TUARAN: Seramai 274 penduduk Kampung Lok Nunuk dan Kampung Baru-Baru, di sini, menerima sumbangan duit raya dan bakul makanan, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di perkarangan Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) turut meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung pada program Majlis Berbuka Puasa dianjuran Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N12 Sulaman.

Hajiji menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada penerima di Perkarangan Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk, Tuaran.

Pada majlis itu juga, Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada YS kepada Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk berupa tikar sejadah, lampu solar dan kurma.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui, Ahli; Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdh Bhd (ICSB); ADUN Karamunting, George Hiew Vun Zin; Ketua Setiausaha
Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman. – Info X