KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan menyatakan komitmen untuk memberi penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar di daerah berkenaan.
Ketua Penaja Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P Paut berkata, antara yang akan diberi penekanan ialah prasarana sekolah perlu lengkap bagi membolehkan pelajar dapat belajar dengan selesa.
“Manakala guru pula dapat memberikan pengajaran dengan penuh tumpuan dan ceria,” katanya ketika menyampaikan bantuan dana kepada Sekolah Menengah (SM) St Martin Tampasak, Tambunan, di pejabatnya, di Kota Kinabalu, hari ini.
Sumbangan berkenaan diterima oleh pengetua SM St Martin Tampasak, Tambunan, Janius @Kow Rantisan.
SM St Martin Tampasak ketika ini memerlukan dana bagi menampung kos pembelian kelengkapan bilik darjah iaitu kerusi dan meja pelajar, meja pejabat UBK dan sebagainya.
“Saya difahamkan bahawa sekolah SM ST. Martin Tampasak menerima pendaftaran kemasukan pelajar baru yang agak ramai dan tidak mampu menampung kapasiti bilik darjah sedia ada.
“Justeru, saya tampil untuk membantu menyalurkan dana bagi meringankan bebanan yang dihadapi sekolah ini,” Katanya.
Victor juga memuji komitmen para guru sekolah itu yang telah berusaha mencari dana sendiri untuk keperluan prasarana sekolah berkenaan.
“Saya dan Gagasan Rakyat Tambunan menyambut baik usaha seperti ini bagi menyediakan prasarana sekolah yang baik untuk kebajikan pelajar.
“Sudah pasti, ini akan membantu sekolah ini ke arah pencapaian akademik palajar yang cemerlang,” katanya.
Sementara itu, Janius melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Victor diatas sunbangan yang diberikan.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM ST. Martin Tampasak, Tambunan Oliver Olang dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM ST. Martin Tampasak, Tambunan Romanus Joannes.
Di majlis yang sama, Victor turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Persatuan Vereran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tambunan kepada pengerusi Persatuan itu, Oliver Wilfred Win. – Info X
