SOOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menahan sakit lebih sejam selepas jari telunjuknya tersekat pada lubang tombol pintu, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, jari mangsa berusia dua tahun berjaya dikeluarkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, keluarga mangsa mengqmbil keputusan mendapatkan bantuan di Klinik Kesihatan Sook sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak bomba pada 11.49 lagi.

“Tombol pintu tersekat di jari kiri itu dan tidak dapat dialihkan.
“Bertindak dengan kejadian itu, sepasukan anggota digerakkan ke klinik berkenaan bagi melakukan operasi memotong tombol pintu yang berada di bahagian jari telunjuk mangsa,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurutnya operasi terbabit terpaksa mengambil masa selama hampir 45 minit menggunakan peralatan khas sebelum berjaya ditanggalkan dari jari mangsa pada jam 12.15 tengah hari. – Info X