Search

PPM Tawau gagalkan cubaan seludup 80 tong gas bersubsidi

May 7, 2023

admin

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 80 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM15,200 menerusi Op Taring Gelora Khas di Batu 4, di sini, 5 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, menerusi operasi berkenaan, sepasukan Unit Risikan Marin (PPM) Tawau yang dalam pemantauan di kawasan berkenaan terlihat sekumpulan individu mencurigakan sedang memunggah tong gas warna hijau ke dalam sebuah bot jenis jongkong.

Sebaik dihampiri oleh anggota pasukan PPM, kumpulan terbabit bertindak melarikan diri.

Tong gas yang dirampas PPM Tawau selepas dipercayai cuba diseludup ke Sebatik, Indonesia. – Foto PPM

Hasil pemeriksaan ke atas bot jongkong mendapati sebanyak 80 tong gas hijau berada di dalam bot jongkong dan dirampas untuk siasatan lanjut.

Nilai rampasan tong gas dianggarkan berjumlah RM15,200 manakala jumlah keseluruhan rampasan bot dan tong gas dianggarkan sebanyak RM120,000.

Semua tong gas bersubsidi berkenaan dipercayai untuk diseludup keluar ke Sebatik, Indonesia.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.

Katanya, rampasan berkenaan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Tawau untuk tindakan lanjut. – Info X