SANDAKAN: Nelayan yang dilaporkan terjatuh dari bot ketika memukat udang di perairan Pulau Berhala, di sini, Jumaat lalu, ditemukan lemas pagi ini.
Mayat Mohammad Saidin Salapudin, 33, ditemui jam 8.55 pagi oleh orang awam pada jarak dua batu nautika dari pulau berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, tindakan pasukan bomb membantu mengangkat mangsa dari bot orang awam ke kenderaan polis.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada 9.25 pagi ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memukat udang di perairan Pulau Berhala, Jumaat lalu.
Mohammad Saidin dikatakan keluar dari Jeti Pulau Berhala pada 6 pagi Jumaat dan sepatutnya pulang jam 3 petang, hari yang sama. – Info X