KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan seludup barang kawalan disyaki ke negara jiran dalam Op Taring Landai di perairan bandar Kudat, di sini, semalam
Operasi Taring Landai kira-kira jam 3:30 petang itu, PPM Kudat seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun.
Sumber berkata, pemeriksaan ke atas bot saspek menemui sebanyak 14 tong berisi petrol berjumlah 490 liter, 18 tong berisi diesel berjumlah 630 liter dan 3 tong LPG.

“Nilai rampasan bot dan semua barang kawalan dianggarkan sebanyak RM53,249,” katanya.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.
Katanya, suspek dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Kudat untuk tindakan lanjut. – Info X