KOTA KINABALU: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Rabu (10 April 2024).
Ia diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini, selepas aktiviti cerapan anak bulan dibuat di 29 lokasi di seluruh negara, petang hari ini.
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Rabu (10 April 2024),” katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan, sebentar tadi. – Info X