KOTA KINABALU: Jabatan Meterorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat bahagian di Sabah bermula petang ini hingga jam 7 malam ini.
Amaran itu membabitkan bahagian pedalaman yang merangkumi Keningau dan Tambunan, diikuti Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
MetMalaysia berkata, ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Info X