KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 3 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
Amaran sama turut dikeluarkan di Kedah bagi kawasan Yan, Kuala Muda dan Kulim.
Sementara itu di Sabah, kawasan terjejas ialah Pantai Barat (Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar), Pedalaman (Membakut dan Pensiangan) serta Tawau (Kalabakan, Semporna dan Tawau).