Search

AMBIL TINDAKAN PEGAWAI TIDAK LAKSANAKAN TUGAS – BUNG MOKTAR

July 19, 2022

admin

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi amaran bakal mengambil tindakan ke atas pegawai tidak melaksanakan tugas di negeri ini.

“Kita tidak nafikan memang ada pegawai yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Oleh itu, saya telah beri amaran menerusi penerangan jelas kepada setiausaha kementerian, mana-mana pegawai yang didapati tidak berfungsi dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Tarik dia dari kawasan itu dan simpan dia di mana orang tidak boleh jumpa dia,” katanya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan Assaffal P Alian (Warisan-Tungku) berkaitan jadual catuan air tidak effisien dilakukan oleh pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Mengulas lanjut, Bung Moktar menyatakan tindakan pegawai yang tidak menjalankan tugas secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada kementerian selain dilihat menganiaya rakyat.

“Jangan jadi penganiaya rakyat dan kementerian. Saya jenis manusia suka tolong rakyat. Jangan aniaya saya,” katanya. – Info X