Search

Anak jati Keningau Komander ESSCOM baharu

June 7, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis serah terima tugas daripada Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby yang menyerahkan tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) kepada Deputi Komisioner Victor Sanjos.

Mohd Ali yang baharu menggantikan Deputi Komisioner Datuk Hamzah Ahmad pada 18 Mei lalu akan memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan.Victor berasal dari Apin-Apin, Keningau dilantik memegang jawatan Komander ESSCOM berkuatkuasa hari ini.

Majlis ringkas berkenaan diadakan di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Awang Sahari dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali. – Info X