Search

APMM gagalkan cubaan seludup keluar 800 kilogram ikan bilik kering

September 12, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 800 kilogram ikan bilis kering ke negara jiran di perairan daerah ini, baru-baru ini.

Vesel membawa ikan bilis kering itu ditahan di kedudukan 5.2 batu nautika timur laut Tanjung Pamaguan ketika sedang menuju ke Pulau Taganak, pada 1.25 tengah hari.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot peronda APMM yang sedang dalam Op Pluto Timur/Op Khas Cegah PATI (OCP) Utara Covid 19 dan Op Tiris 3.0 mengesan vesel dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, selepas pemeriksaan mendapati vesel berkenaan dikendalikan oleh tekong dan seorang awak-awak warga asing berusia 35 dan 56 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam vesel seterusnya menemui 13 guni berisi ikan bilis kering dengan anggaran berat 800 kilogram dipercayai untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina.

“Nilai rampasan termasuk ikan bilik kering, enjing sangkut dan vesel dianggarkan berjumlah RM48,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kerana membawa keluar ikan bilis kering untuk tujuan eksport tanpa lesen yang sah.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan,” katanya. – Info X