Search

APMM tahan dua bot lakukan pelbagai kesalahan perikanan

April 27, 2024

Info X Reporters

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot bersama tiga lelaki tempatan pada kedudukan 0.49 batu (bn) nautika timur Kampung Pengkalan, Kunak dan 0.20 bn selatan Pulau Timbun Mata, semalam.

Kedua-dua bot itu ditahan atas pelbagai kesalahan oleh bot peronda APMM Zon Maritim Lahad Datu menerusi Op Pluto Timur pada jam 10.15 dan 11.15 pagi.

Pengarah APMM Lahad Datu, Komander Maritim Ts Dr Suzanna Razali Chan berkata, ketika melakukan rondaan, menahan dan memeriksa dua bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

“Kesalahan lain, Seksyen 26 iaitu menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dua bot ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan akta perikanan. – Foto/APMM

Ts Dr Suzanna turut memaklumkan dipercayai satu kru bot yang
melakukan kesalahan bom ikan bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke daratan berhampiran selepas melihat kehadiran bot peronda APMM

Katanya, bagi kesalahan
langgar syarat sah lesen, Zon Maritim Lahad Datu menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 33 hingga 41 tahun.

“Antara kesalahan yang direkodkan termasuklah melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 0.49 bn serta menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

“Turut dirampas bot pam serta sebuah enjin bot, segulung hos, kompressor dan satu botol bom ikan dengan keseluruhan nilai rampasan lebih RM5,000.

Anggota APMM menunjukkan peralatan bom ikan yang digunakan oleh suspek. – Foto/APMM

“Manakala awak-awak ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu. – Info X