Search

Atitih Yatih Robert Unduk Ngadau Kaamatan 2025

May 31, 2025

Info X Reporters

PENAMPANG: Atitih Yatih Robert dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2025 pada kemuncak hari terakhir Sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, sebentar tadi.

Kejayaan Atitih Yatih yang mewakili daerah Tamparuli berkenaan sekali gus menewaskan 51 peserta lain yang turut mara ke pusingan akhir.

Kemenangan sama juga menyaksikan Atitih Yatih mengambil alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2024, Hyellene Danius.

Atitih Yatih Robert dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2025.

Atitih Yatih dimahkotahkan oleh Hyellene Danius sambil disaksikan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000 berserta beberapa hadiah iringan.

Dalam pada itu, pertandingan UNK 2025 menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Elka Alika Robert yang mewakili daerah Tambunan manakala tempat ketiga pula dimiliki wakil dari Kiulu, Celarin Jenny. – Info X