Search

Ayu di mana?

June 12, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan Sinsuran, di sini.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Ayu Majid, 20, berbangsa Bajau.

Polis Daerah Kota Kinabalu menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, Ayu mempunyai susuk badan sedikit berisi dengan ketinggian kira-kira 150 sentimeter dan berat badan sekitar 58 kilogram.

Dia juga berambut panjang serta mempunyai anak mata berwarna hitam.

Menurutnya, ketika kali terakhir dilihat, wanita terbabit memakai baju hitam berlengan pendek dan seluar panjang berwarna hitam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Ayu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Polis (ASP) Muhammad Abu Zar Jali @ Ramli yang juga Ketua Polis Balai Kota Kinabalu di talian 019-3546375 atau Hotline Balai Polis Kota Kinabalu di talian 014-3094800.

Sebarang maklumat turut boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu usaha mengesan wanita berkenaan. – Info X