Search

Azis Jamman cuba jadi ‘Nujum Pak Belalang’? – Nizam

March 7, 2023

admin

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyifatkan Datuk Azis Jamman seperti mahu menjadi ‘Nujum Pak Belalang’ apabila mendakwa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menjadi parti pertama meninggalkan Perdana Menteri sekiranya berlaku pergolakan politik.

Katanya, dakwaan berkenaan tidak wajar dilakukan ketua penerangan Warisan itu kerana ianya satu dakwaan karut serta berniat jahat.

“GRS bersama-sama Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), telah membuat keputusan bersama, untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Azis Jamman tidak wajar membuat dakwaan karut dan jahat, jika pun mahu menjadi ‘Nujum Pak Belalang’ dengan mendakwa GRS adalah parti pertama meninggalkan Perdana Menteri jika berlaku pergolakan politik.

“Hakikatnya, Warisan lah termasuk ketua penerangan itu (Azis), yang mempunyai niat tidak mahu menyokong mana-mana parti atau pemimpin nasional, atas sebab itu, mereka memutuskan hubungan dengan PH dan telah bergerak solo pada PRU15,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nizam berkata, keputusan Anwar menyokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan, pada hakikatnya kerana mereka tiada pilihan lain, atas sebab hanya mempunyai tiga ahli parlimen…Sama ada menyokong dan tidak menyokong pun tidak memberi kesan pada kerajaan Perpaduan antara PH (Pakatan Harapan), BN (Barisan Nasional), GPS dan GRS.

“Azis dan parti beliau cuba menutup kesalahan sendiri, dengan menuding kepada parti lain dan kenyataan Azis itu hanyalah ilusi dan andaian liar semata mata,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu dalam Kerajaan Negeri semasa Warisan memimpin gabungan mereka, Nizam yakin parti-parti komponen PH di Sabah mengetahui sikap dan keikhlasan Warisan dalam kerjasama dan permuafakatan.

“Agar Aziz tidak terus mabuk, kerana tindakan wakil-wakil parti beliau yang mengumumkan keluar bersama-sama dengan pemimpin akar umbi parti itu, semua pihak yang menyokong kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri telah lama ‘move-on’, termasuklah para pemimpin GRS, seperti mana dibuktikan menerusi sokongan pada sebarang keputusan, misi Kerajaan Perpaduan oleh kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

“Tidak sedarkah Azis semasa perjumpaan kakitangan Persekutuan dan negeri bersama Perdana Menteri, bagai mana sambutan kepimpinan negeri pada Perdana Menteri tersebut.

“Dengan sokongan kerajaan negeri sabah di bawah kepimpinan GRS dan PH Sabah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, tidak timbul sama sekali tindakan khianat, seperti mana yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin negeri pada 6 Januari lalu yang didalangi oleh pemimpin Warisan untuk merampas kerajaan secara kerajaan pintu belakang dan tebuk atap.

“Janganlah kerana pemimpin dan parti sendiri mempunyai niat jahat, maka mengandaikan pemimpin dan parti lain juga sama,” katanya. – Info X