Search

Banjir hampir pulih, hanya di Beaufort masih terjejas

January 9, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Situasi banjir semakin pulih dengan hanya 633 mangsa daripada 215 keluarga dilaporkan masih berada di pusat pemindahan setakat pagi Jumaat.

Semua mangsa adalah di daerah Beaufort, masing-masing ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Residensi Prima Woodford Estate dan PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit.

Semalam seramai 563 mangsa banjir di Tenom dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dari lima PPS di daerah itu setelah banjir dilaporkan pulih.

Ia menjadikan Beaufort sebagai daerah yang masih terjejas akibat banjir setakat pagi ini.

Banjir sebelum ini turut menjejaskan penduduk di Kota Belud dan Kota Kinabalu, namun keadaan di daerah terbabit dilaporkan sudah pulih dan mangsa dibenarkan pulang pada Rabu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, pemindahan mangsa di Beaufort membabitkan sebanyak 12 kampung. – Info X