TAWAU: Hujan sejak malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Antara lokasi terjejas ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kampung Baru (SG Futsal), Kampung Rawa-Rawa, Kampung Ranggu, Taman Fujimart, Taman Setia, Jalan Shin Onn dan Jalan Takada.

Turut dilaporkan kejadian hakisan tanah di simpang masuk Batu 9, Stone Quarry yang menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya.
Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau Leftenan Muda (PA) Nurfarizt Izwan Sapsia berkata, seramai empat pegawai dan 24 anggota telah dikerahkan ke lokasi terjejas.

“Pasukan kami menjalankan operasi penyelamatan dan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan penduduk.
“Pemantauan paras air turut dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini,” katanya. – Info X