KOTA KINABALU: Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir masih dibuka iaitu di Tongod yang menempatkan seramai 155 mangsa setakat jam 5.30 petang ini.
Dua PPS itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak yang menempatkan seramai 63 mangsa dan SK Kenang-Kenangan seramai 92 mangsa.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, 42 PPS lain di sembilan daerah yang dilanda banjir sejak awal minggu ini sudah ditutup sepenuhnya.
Penutupan terakhir ialah dua PPS di Lahad Datu yang menempatkan seramai 520 mangsa pada jam 5 petang tadi.

PPS lain yang ditutup hari ini dan semalam ialah di Beaufort, Beluran, Paitan, Telupid, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Kota Marudu. – Info X