Search

Agrobank serah bantuan tunai sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Keningau

February 2, 2025

Info X Reporters

KENINGAU: Agrobank menyerahkan bantuan tunai berjumlah RM15,000 kepada 150 komuniti Cina dari golongan B40 sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran bank berkenaan di Ansip, di sini, semalam.

Sambutan itu berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Ming, Ansip Tengah, dekat sini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Jospeh Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi; Pengarah Wilayah Sabah Agrobank, Ridwan Tenriranran; wakil kakitangan Agrobank cawangan Keningau dan penduduk setempat.

Menerusi majlis itu, Agorbank berharap ia dapat menyemai nilai kebersamaan dan merayakan keharmonian antara Agrobank dengan komuniti setempat terutama usahawan tani di Keningau yang menjadi tulang belakang kepada industri pertanian negara. – Info X