Search

Bayaran BKKA diawalkan pada minggu ini

April 10, 2023

admin

KOTA KINABALU: Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) diawalkan pada minggu ini iaitu selewat-lewatnya Jumaat ini.

Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim berkata, pembayaran awal itu bagi membolehkan rakyat membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri minggu depan.

“Ini akan manfaat hampir 1 juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform (Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis).

“Kerajaan juga telah memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak, akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April dan diawalkan ke 14 April daripada 17 April 2023.

“Bayaran BKKA untuk pesara juga akan diawalkan ke 14 April 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Info X