Search

Beberapa kawasan di Kota Kinabalu banjir

May 13, 2023

admin



KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air susulan hujan lebat berterusan selama sejam bermula jam 1.30 petang tadi.

Antara kawasan terbabit dengan kejadian banjir kilat itu adalah di Inanam, Manggatal, Jalan Tuaran Bypass dan di Likas depan stesen minyak.

Sementara itu, beberapa kenderaan di dalam parkir loading di bangunan One Borneo hampir tenggelam akibat dinaiki air.

Bagaimanapun setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga petang ini.

“Antaranya Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Kudat, Kota Marudu sehingga 3 petang,” katanya. – Info X