Search

Bengkel kenderaan musnah terbakar

August 3, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Sebuah bengkel membaiki kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Sandala, Batu 13, di sini, petang tadi, mengakibatkan dua kenderaan turut hangus dijilat api.

Dua kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Perodua Viva yang berada di dalam bengkel terbabit dilaporkan terbakar sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung berkata, sepasukan 12 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.24 petang.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.53 petang menggunakan satu aliran hos dengan sumber air dari jentera bomba.

“Pasukan bomba turut menggunakan teknik pemadaman defensive bagi menghalang api daripada merebak ke bangunan berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bengkel membaiki kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Sandala, Batu 13, Sandakan. – Pix/Bomba

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.18 petang selepas kawasan disahkan selamat.

Operasi turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Info X