Search

Bengkel pertukangan kayu musnah terbakar

October 21, 2026

Info X Reporters

LAHAD DATU: Sebuah bengkel pertukangan kayu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Layung, Jalan Tengah Nipah, di sini, awal pagi tadi.

Bengkel berstruktur tidak kekal berkeluasan kira-kira sembilan meter persegi musnah sepenuhnya, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.14 pagi sebelum lapan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tiba pada jam 1.22 pagi dan mendapati bengkel pertukangan kayu berkenaan sudah terbakar.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 61 meter dengan dua pancutan air daripada jentera bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.10 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi yang turut mendapat bantuan polis ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.15 pagi selepas pemeriksaan mendapati tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui,” katanya. – Info X