KINABATANGAN: Sebuah blok bangunanh menempatkan enam bilik darjah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Suan Lamba, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.10 petang.
Beliau berkata, sebuah jentera dengan 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 43 kilometer dari balai.
“Sebaik tiba, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran, tiga pancutan daripada sumber air terbuka (kolam).
“Satu blok bangunan menempatkan enam bilik darjah yang tidak digunakan lagi tebakar sepenuhnya” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit.
“Operasi terkawal pada jam 6.10 petang dan tamat sepenuhnya 37 minit kemudian.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X