KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) kembali membentuk kerajaan negeri Johor selepas memenangi lebih 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) Johor, pada Sabtu.
Setakat jam 10 malam ini, info tidak rasmi yang dilaporkan media nasional menyatakan BN memenangi 48 kerusi, manakala baki lapan kerusi dimenangi calon Pakatan Harapan (PH).
Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini menyandang beberapa kerusi dilaporkan gagal memenangi atau mempertahankan sebarang kerusi.
Nasib sama turut menimpa parti baharu, BERSAMA pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli yang gagal dalam cubaan pertama mereka bertanding pada pilihan raya negara ini.
Turut gagal memenangi sebarang kerusi ialah parti MUDA.
BN pada sidang media menyatakan kepuasan hati mereka dapat memenangi lebih banyak kerusi pada kali ini berbanding 40 kerusi pada PRN-15, lima tahun lalu.
PH pula menyatakan akur terhadap pilihan pengundi Johor apabila hanya keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan itu hanya memenangi lapan kerusi. – Info X