Search

Bomba bantu pindahkan mangsa banjir di Kampung Tanjung Batu Tengah

September 20, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau membantu memindahkan mangsa dari Kampung Tanjung Batu Tengah, di sini, yang terjejas akibat banjir petang tadi.

Operasi pemindahan mangsa banjir membabitkan tiga individu termasuk bayi.

Pemindahan oleh pasukan bomba menggunakan Pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap jaket keselamatan.

Pasukan bomba turut menggunakan tali untuk memindahkan mangsa dan semua mangsa berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

Selepas memastikan keadaan banjir beransur surut dan keadaan selamat operasi ditamatkan 3.18 petang. – Info X