Search

Bomba bantu tanggalkan cincin tersekat di jari

March 26, 2026

Info X Reporters

KENINGAU: Seorang pesakit menahan kesakitan apabila cincin tersekat pada jari manis hingga menyebabkan bengkak dalam kejadian di Hospital Keningau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.12 pagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada doktor sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi.

Pasukan tiba dalam tempoh lima minit dan mendapati jari mangsa membengkak akibat cincin yang terlalu ketat.

Cincin berkenaan berjaya dipotong menggunakan peralatan khas pada jam 3.25 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 3.36 pagi. – info X