KINABATANGAN: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan penduduk selepas beberapa buah rumah di Kampung Pengkalan Bukit Garam di sini terjejas banjir awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan N.Azlan Shah Jamalludin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian jam 9.16 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi sejauh 11 kilometer dari jarak balai.
“Berdasarkan kenyataan pengadu, terdapat beberapa buah rumah dinaiki air.
“Pasukan bomba segera menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi dan menjalankan operasi memindahkan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan dari lokasi dan sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa. – Info X