LABUAN: Penumpang sebuah bot laju dari Menumbok menuju ke Labuan berdepan detik mencemaskan apabila bot yang dinaiki tiba-tiba terbakar dalam perjalanan, kira-kira jam 3 petang tadi.
Dalam keadaan panik, tekong bertindak membawa bot ke pesisir pantai Tanjung Batu bagi membolehkan semua penumpang keluar menyelamatkan diri sebelum api marak memusnahkan bot berkenaan.
Semua penumpang dilaporkan selamat keluar dari bot sebaik mendarat di pantai.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian termasuk jumlah penumpang dan punca kebakaran.
Maklumat lanjut akan dikemaskini selepas laporan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan diperoleh. – Info X