Search

Bot nelayan ‘tarik tepi’ ditahan APMM

January 17, 2026

Info X Reporters

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menangkap ikan kurang dua batu nautika dari daratan pada jam 9.15 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot berkenaan dikesan menjalankan aktiviti menarik pukat kira-kira 1.1 batu nautika timur laut Kalabakan, sekali gus melanggar syarat lesen.

“Pemeriksaan mendapati bot dikendalikan seorang juragan dan dua awak-awak warga Indonesia berusia 28 hingga 46 tahun.

“Bot, kru serta hasil laut ditahan untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM58,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bot nelayan ditahan selepas didapati menangkap ikan kurang dua batu nautika dari daratan di 1.1 bati nautika timur laut Kalabakan.

Menurutnya, APMM menegaskan operasi akan diteruskan bagi melindungi nelayan pantai dan ekosistem laut, serta meminta orang ramai menyalurkan maklumat ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di 089-750116 atau 999. – Info X