KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri.
Pelantikan Brenndon yang menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof berkuat kuasa serta-merta untuk tempoh tiga tahun.
Sementara itu, Nor Asiah akan mengambil alih jawatan Brenndon sebelum ini iaitu sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri.
Brenndon sebelum ini pernah memegang jawatan Peguam Besar Negeri dari Julai hingga November 2020. – Info X