Search

Bung sahkan Umno gantung Shahelmey 6 tahun

March 18, 2023

admin

SANDAKAN: Ketua Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin mengesahkan, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun.

“Well… dia kena gantung enam tahun,” katanya ringkas dalam satu sidang media di Sandakan, hari ini.

Difahamkan, Shahelmey yang juga timbakan ketua menteri dikenakan tindakan berkenaan selepas dipercayai membelakangkan keputusan parti dengan tidak menyokong keputusan Umno Sabah sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu sebelum ini bersama empat lagi ADUN yang bertanding menggunakan tiket Umno ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, bertindak kekal menyokong Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri walau parti itu telah menarik sokongan. – Info X