Search

Makan Malam United Malaysia kembali tahun ini

March 18, 2023

admin

KOTA KINABALU: Selepas empat tahun ‘berehat’, kelab rasmi penyokong Manchester United di Malaysia, United Malaysia kembali menganjurkan makan malam tahunan mereka di Grand Ballroom, Dewan Halla pada 9 Jun depan.

Makan malam tahunan kali ke-5 itu dijangka dihadiri seramai kira-kira 1,000 ahlinya.

Pengerusi penganjur Fynn Floyd Wong berkata, acara berkenaan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan susulan pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia beberapa tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua peminat bola sepak khususnya penyokong Manchester United supaya menghadiri acara antara terbesar United Malaysia itu.

“Kita tidak dapat menganjurkan makan malam tahunan sejak beberapa tahunan lalu kerana pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, kami sangat teruja kerana dapat kembali menganjur antara acara terbesar kelab ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fynn berkata, pelbagai program telah dirancang pada makan malam itu nanti termasuk yang dinanti-nantikan iaitu cabutan tiket bertuah di mana pemenangnya akan berpeluang untuk ‘terbang’ ke Old Trafford secara percuma bagi menyaksikan aksi The Red Devils.

Katanya, tiket-tiket untuk acara itu akan mula dijual tidak lama lagi berharga RM100, RM150, dan RM200. – Info X