SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan menyeludup keluar petrol bersubsidi menerusi Op Taring Gelora Khas di perairan Kampung Labuan Haji, di sini, kelmarin.
Menerusi operasi jam 8.30 malam itu, sebuah bot yang dijuragani seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun berjaya ditahan.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 17 tong berisi minyak petrol bersubsidi berada di dalam bot.

Nilai rampasan bot dan minyak petrol dianggarkan sebanyak RM43660.50.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X