KOTA KINABALU: Kerajaan negeri turut mengumumkan tarikh 20 Mac 2026 atau 23 Mac 2026 sebagai cuti umum tambahan sempena sambutan Aidilfitri.
Ketetapan itu bagaimanapun bergantung kepada tarikh 1 Syawal, sama ada jatuh pada Jumaat atau Sabtu ini, seiring dengan pengumuman Perdana Menteri sebelum ini.
Di bawah Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, Yang di-Pertua Negeri menetapkan hari yang berikut sebagai hari kelepasan tambahan iaitu 20 Mac 2026, sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026 atau 23 Mac 2026, sekiranya Hari Raya Aidilftri jatuh pada 20 Mac 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan tarikh yang sama sebagai cuti tambahan Aidilfitri ketika lawatannya ke Sabah pada Ahad lalu. – Info X