Search

Dakwaan skandal rasuah : SPRM sahkan 5 ADUN dirakam percakapan

November 17, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setakat ini untuk dirakam percakapan berkaitan dakwaan rasuah perolehan projek mineral di Sabah.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit dalam isu itu.

Katanya, siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terbabit dalam isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

“Setakat ini, lima orang ADUN telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan.

“SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh,” katanya. – Info X