TENOM: Enam sekeluarga terselamat, selepas dapur rumah mereka di Kampung Barung, di sini, rosak akibat dihempap pokok tumbang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, semua mangsa yang berada di dalam rumah sempat menyelamatkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.18 pagi hari ini.
“Setiba di lokasi, sebuah pokok tumbang menghempap sebuah rumah menyebabkan kerosakan 80 peratus pada bahagian atap dapur rumah.
“Pasukan bomba kemudian memotong pokok menggunakan gergaji berantai dan dialihkan ke kawasan selamat,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Operasi ditamatkan pada 11.35 pagi,” katanya. – Info X