Search

Dua ADUN, ahli perniagaan tiba untuk didakwa

June 30, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dua ADUN dan seorang ahli perniagaan yang didakwa terbabit rasuah dikaitkan dengan pengeluaran lesen cari gali mineral tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pagi ini.

Dua ADUN terbabit ialah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Andi Bandy.

Ahli perniagaan terbabit pula dikenali sebagai Albert Tei yang sebelum ini bertanggungjawab menyebarkan rakaman video ADUN Sabah yang didakwa mamaparkan perbualan berbaur rasuah.

Pertuduhan dijangka bermula jam 10 pagi di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. – Info X