Search

Dua pelajar UMS terima komputer riba sumbangan Tun Juhar

October 14, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dua pelajar kurang berkemampuan untuk mendaftar bagi melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini menerima sumbangan komputer riba daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sumbangan kepada Crisnanalina Jumis dari Paitan dan Nor Fasha Natashya Abdul Rahim dari Tawau itu disampaikan Setiausaha Perhubungan TYT Sabah, Datuk Mohd Rasid Mohd Tahir yang mewakili Tun Juhar.

Tun Juhar juga adalah Canselor UMS.

Crisnanalina melanjutkan pengajian di Fakulti Perhutanan Tropika, manakala Nor Fasha Natashya di Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UMS.

Mohd Rasid mewakili Tun Juhar dan Kasim bersama Nor Fara Natashya dan Crisnanalina pada penyerahan sumbangan komputer riba daripada Tun Juhar di UMS.

Kedua-dua mereka dilaporkan menghadapi masalah kewangan untuk mendaftar sebelum mendapat perhatian UMS dan Tun Juhar sendiri bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian.

Penyerahan sumbangan kepada pelajar terbabit diadakan di Bangunan Canselori UMS, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor. – Info X