KOTA KINABALU: ‘Influencer’ popular, Viru Nikah Terinisip atau lebih dikenali sebagai Duyung Darat dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Johor 2023.
‘Content creator’ yang pernah popular dengan lagu ‘Oh Siuknya’ itu dinobatkan sebagai juara pada pertandingan akhir Unduk Ngadau Johor yang berlangsung di negeri itu, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan dia untuk bertanding dalam pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri yang akan berlangsung di KDCA, Penampang pada penghujung bulan ini.
Kemenangan Viru Nikah yang berasal dari Sook dan berbangsa Dusun Minokok itu juga menjadi viral di media sosial sejak malam tadi.
Terdahulu sebelum ini, Viru Nikah turut berjaya meraih gelaran Miss Favourite untuk Gala Night Kaamatan KDCA Johor, baru-baru ini. – Info X