SANDAKAN: Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar yang dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di sini, yang tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun.
Katanya, mereka yang terbabit dalam insiden ini membabitkan tiga sekolah menengah berasingan di sekitar daerah ini.
“Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada salah faham antara semua pelajar terbabit.
“Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada pejabat peguam negara bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam insiden semalam, pergaduhan dilaporkan berlaku di Jalan Elopura, Bandar Sandakan dan polis sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – Info X