Search

Gelandangan ditemui mati di perhentian bas

November 17, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai Gelandangan ditemui mati di Perhentian Bas Grandview, Jalan Sim-Sim, di sini semalam.

Mangsa berusia lingkungan 60-an itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian, kira-kira jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki terbabit meninggal dunia.

“Siasatan polis di lokasi mendapati mangsa ditemukan lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mangsa dipercayai seorang gelandangan yang sering berada di kawasan bangunan kedai Grandview dan menjadikan perhentian bas berkenaan sebagai tempat tidur,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) untuk proses bedah siasat.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, pihak polis tidak mengesyaki terdapat sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut

“Pihak Polis memohon kerjasama kepada orang awam yang mengenali si mati supaya berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Samad Sundalu di talian 0198606714,” katanya. – Info X