Search

Gempa bumi lemah di Beluran

April 20, 2023

admin

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah 3.5 magnitud berlaku di Beluran, pada 9.07 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi itu terletak 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.

Katanya, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, tiada bangunan yang rosak susulan kejadian gempa bumi itu.

“Setakat ini, bomba tiada menerima panggilan kecemasan susulan gempa bumi berkenaan.

“Hasil pemantauan juga mendapati tiada sebarang kerosakan pada struktur bangunan dan premis di daerah ini,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – Info X