Search

Gempa bumi lemah di perairan Tawau

August 16, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.9 pada skala Richter dikesan berlaku di perairan Tawau, pada 10.19 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu gempa bumi itu berlaku di koordinat 4.4 darjah utara dan 118.8 darjah timur.

“Gempa bumi itu dikesan 36 kilometer timur dari Semporna dengan kedalaman 19 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu, hari ini. – Info X